ABDUL RAZAK HUSSEIN



KEHIDUPAN PERIBADI


Beliau dilahirkan di Pulau KeladiPekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang selama ini menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.
Tun Hussein Onn juga merupakan abang ipar kepada beliau serta berperanan untuk menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir


PENDIDIKAN


Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala KangsarPerak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej RafflesSingapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, beliau pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.


KERJAYA


Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
Selepas pilihan raya umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman[perlu rujukan] serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.
Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian daripada penyakit leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di Makam Pahlawanyang berdekatan dengan Masjid NegaraKuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.


SUMBANGAN TUN ABDUL RAZAK


  • Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
  • Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
  • Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

No comments:

Post a Comment