SAJAK KEMERDEKAAN

Damai (Tanahairku Dan Dunia) 

Usman Awang

Sisa hidup ini hendak kita pelihara
juga tanah, pohon dan buah-buah
juga tulang, daging dan darah
jangan suara jadi parau di musim kemarau.

Tapi tanah kami sudah kerecikan api
lama bermula, tidak hilang sampai kini
dan meski tawaran damai sudah diberi
orang masih tidak peduli!

Pohon getah dan tanah mengandung bijih
rebutan manusia daerah asing
kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!

Damai - seruan dan tawaran
damai - untuk tanahairku dan kemerdekaan
damai - untuk dunia dan kesejahteraan!


Pertama Dan Terakhir 

A. Samad Said

Jauh kita berjalan
mendukung semua kepercayaan
pertama dan terakhir
sekarang kita sampai
ke puncak tiada tercapai
keazaman pantang cair

Kita bersua hati
mengisi setiap janji
pertama dan terakhir
tiada hari kiranya
hingga bernanah dada
sumpah tiada termungkir

Gemuruh kita bersorak
bumi dan langit retak
pertama dan terakhir
berani kita bergerak
darah dan daging serentak
hingga ke saat akhir

padu kita berhasrat
hingga bumi kiamat
pertama dan terakhir
kuat jantung berdetak
untuk berpaling tidak
biar di gelegak air

Rela kita mengangkat
cita bangsa berdaulat
ke puncak murni berukir!


KETAATAN DALAM KEMERDEKAAN

Berjanjilah kami demi keberanian
melalui suara-suara hijaz
putaran kemerdekaan

menyusur sungai-sungai mati
kepada insan seikat masyarakat
yang telah bebas.

Dalam sejarah kepahitanmu
terselit larian aku anak kecil
dibentuk dalam kelas-kelas rendah
hingga ke kamar dewasa
jiwa ini digantung loceng mongel
lalu direntap-rentap
terbawa-bawa.

Titisan darah ibuku
pada papan cendana pejal
masih melekat di situ
di perigi yang telah terkambus
hanyir masih terbau
tembuni dalam diam berubah fosil
atas tanah yang merdeka.

Seperti selalu
berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil
menyamai pemberian hadiah bapamu
kami menyebut MERDEKA!!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!!!





LAGU SATU MALAYSIA


Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama


Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara


Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa


Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati


Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara


MAKSUD LAMBANG DAN WARNA BENDERA MALAYSIA


JALUR

Menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.


BULAN

Menggambarkan bahawa agama islam adalah agama rasmi bagi negara ini.


BINTANG BUCU 14

Menggambarkan bahawa terdapat 14 buah negeri dalam Malaysia.


MERAH

Melambangkan kesanggupan, keberanian dan kegagahan dan kegigihan rakyat dLm menghadapi segala cabaran yang mendatang.


PUTIH

Melambangkan keluhuran dan keihklasan.


BIRU

Melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai.


KUNING

Melambangkan kestiaan rakyat kepada raja dan negara.

RUKUN NEGARA


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

MENGHARGAI KEMERDEKAAN



Merdeka.Satu sifat yang diertikan sebagai bebas.Ia juga boleh ditukarkan sebagai kata kerja apabila kita meletakkan imbuhan padanya.Namun,apa yang paling penting di sini adalah negara kita,Malaysia sudahpun menerima taraf negara yang merdeka.Di sebalik kenikmatan yang dirasai sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas,sudah pasti terdapat tokoh2 yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.Mereka inilah yang digelar negarawan.Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi kita untuk melupakannya.

Ramai yang tertanya-tanya,mengapa kita perlu mengenang kembali jasa tokoh kemerdekaan negara?Jawapannya yang pertama ialah semangat patriotisme.Sebagai contoh,apabila kita mencintai sesuatu,kita pasti tidak ingin ada sesuatu yang menyakitinya,bukan?Kita akan menghargai sesiapa yang berjaya menyelamatkan perkara yang kita cintai tatkala kita tiada di sisi.Begitu juga dengan patriotisme.Kita mencintai Malaysia dan tokoh2 kemerdekaan telah berjaya menyelamatkan maruah tanah air ini daripada dirobek dan wajar bagi kita menghargai tokoh2 kemerdekaan negara dengan cara mengenang jasa mereka.

bagi mencapai kemerdekaan,tokoh2 yang memperjuangkannya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air.

Tokoh kemerdekaan menjadi satu bukti yang mantap mengenai dasar kerjasama dan usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat.Mereka telah meletakkan batu asa kepada kemajuan negara denagn cara memerdekakannya.Usaah yang dilakukan oleh mereka wajar kita kenang.Sudah tentu mereka tidak ingin usaha mereka selama ini sia2.Sehubungan itu,kita perlu menjadi lebih proaktif dan kreatif dalam pekerjaan demi kemajuan negara.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh negara adalah mengahdapi kerenah dan masalah sosial remaja.Ramai pihak yang berpendapat mengingatkan mereka  tentang perit getir tokoh2 kemerdekaan dahulu mampu meyelamatkan mereka.Namun begitu,cabaran terbaru yang dihadapi adalah bagaimana kita ingin menerapkannya dalam jiwa para remaja.Langkah2 yang drastik dan pragmatik perlu diambil dengan segera bagi merealisasikan hasrat ini.Generasi zaman sekarang cenderung mempelajari Sejarah semata-mata kerana ingin lulus dalam peperiksaan.Mereka tidak menghayatinya sebagaimana yang diharapkan.Para ibu bapa perlu turun padang bagi membantu menyelesaikan kerumitan ini.Sejak kecil lagi,anak2 perlu diasuh mengenai cerita2 rakyat yang berunsurkan Sejarah dan tokoh2 kemerdekaan.Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Begitu juga dengan anak2.Jika kita ingin mereka mengenali toko2 kemerdekaan,kita perlu membiasakan mereka dengan kisah2 tersebut sejak kecil lagi.

Pihak sekolah selaku gedung ilmu pelajar perlu memanipulasi taraf ini bagi menerangkan sifat mengenang jasa tokoh kemerdekaan dalam diri pelajar.lawatan sambil belajar ke tempat2 bersejarah bagi saya merupakan jalan terbaik buat para remaja merasai sendiri pahit getir tokoh kemerdekaan negara dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.Hal ini dapat menginsafkan para remaja dalam usaha tokoh kemerdekaan mencapai kejayaan dan membuatkan mereka tidak lupa akan tokoh2 kemerdekaan..

Televisyen sebagai saluran media massa yang paling rapat dengan rakyat khususnya remaja dapat memainkan peranannya  yang tersendiri.Filem2 atau dokumentari tentang tokoh kemerdekaan dapat membawa mereka kembali ke masa lampau dan menghayati.onak duri yang terpaksa dirempuh oleh tokoh kemerdekaan.Remaja dapat mempelajari sesuatu yang berguna di rumah tanpa perlu pergi ke mana2.Itulah yang dinamakan kemudahan teknologi.

Konklusinya,tokoh2 kemerdekaan sememangnya patriot kerana mereka sanggup megorbankan jiwa dan raga demi tanah air yang tercinta.Sebagai generasi pelapis,kita dapat menjadi patriot dengan cara mencintai tanah air dan mengenang jasa orang yang mencintai tanah air itu.